Tentang Penulis


Assalamualaikum wbt

Selamat Datang ke Blog saya dan Salam perkenalan

Saya adalah pemilik laman blog ini dan insyaAllah akan bertanggungjawab di atas segala bahan penulisan yang dikeluarkan. Buat masa ini, saya hanya berkongsi apa yang saya dapat daripada email kawan-kawan dan blog yang saya baca.

Latar Belakang Pendidikan

Saya adalah seorang hamba Allah yang dilahirkan di Tanjong Karang, Selangor dan dibesarkan di Sabak Bernam, Selangor. Mengenai latar belakang pendidikan, saya bersekolah seperti orang yang lain, sekolah rendah, menengah, matrikulasi dan universiti. Saya hanya bersekolah agama dari darjah satu hingga enam sahaja. Dulu saya bercita-cita bingin menyambungkan pelajaran ke sekolah menengah agama, tetapi takdir Allah SWT menetapkan saya ke sekolah menengah sains. Saya mengambil aliran sains dan seterusnya mengambil bidang kejuruteraan mekanikal di universiti.

Latar Belakang Keluarga

ibu saya hanyalah seorang suri rumah sepenuh masa, tetapi banyak membantu keluarga berkebun. namun 10 tahun yang lalu, ibu saya telah mengalami stroke kali kedua dan mengakibatkan beliau koma . namun allah telah mentakdirkan beliau hidup setelah malalui pembedahan dan telah menguji kami anak2 dengan keadaan ibu kami sekarang yang susah hendak berkata-kata (lain yang hendak diucapkan, tapi lain yang keluar dari mulut). kami pasrah ya allah dan kami bersabar.keluarga saya merupakan keluarga petani yang mengusahakan tanah sebagi mata pencarian. bapa saya bekerja dengan tanah sepenuh masa dan beliau merupakan tukang kayu yang sungguh hebat.

Blog hanyalah tempat untuk saya berkongsi apa yang saya tahu, rasa dan fikir ..sahaja. Dan semoga Allah swt terima amalan ini sebagai satu ibadah, dan alhamdulillah jika Allah swt terima ia sebagai satu cabang dakwah. Namun, dalam hati saya ada keyakinan bahawa, satu-satunya cara dakwah yang berjaya mengubah umat, adalah hanya cara dakwah yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw.

Saya rasa, cukuplah setakat ini dahulu cerita mengenai diri saya. Apa yang baik, jadikanlah sebagai teladan dan apa yang buruk, jadikanlah ia sebagai sempadan. Mohon doa daripada sahabat-sahabat semua, agar Allah swt menjadikan kami sekeluarga sebagai asbab tersebarnya hidayah ke seluruh alam. Aamin ya Rabbal A’lamiin.